Friday, September 19, 2008

BUKU MEMOIRS INTAKE 32







SINOPSIS BUKU INTAKE 32

Buku Intake 32 ini telah diilhamkan oleh Kapt (B) Dato’ Mohamed Azmi Bin Abdul Kadir sejak tiga tahun yang lalu. Tujuan mengadakan buku ini adalah untuk mengenang dan mengimbas kembali kenangan serta nostalgia pahit manis skot-skot Intake 32 mengharungi suka duka sebagai seorang anggota tentera.

Kos keseluruhan pencetakan buku ini lebihkurang RM50,000.00 dan akan dibiayai oleh Kapt (B) Dato’ Mohamed Azmi Bin Abdul Kadir sebanyak RM30,000.00, Mej (B) Tajudin Bin Talib sebanyak RM10,000.00 dan Mej (B) Dato’ Azis Bin Salam sebanyak RM5,000.00. Buku ini akan dijual kepada skot-skot Intake 32 dan kepada sesiapa yang berminat dengan harga RM150.00 senaskah. Keseluruhan hasil jualan buku-buku ini akan dimasukkan ke dalam akaun Kelab Intake 32 bagi kegunaan aktiviti-aktiviti kelab dimasa akan datang.

Isi kandungan buku Intake 32 ini dibahagi dalam beberapa bahagian. Diantaranya ialah gambar-gambar dan cerita semasa skot Intake 32 melapor diri di Pre-OCTU (Pre Officer Cadet Training Umit) Kem Sebatang Karah pada tahun 1977, aktiviti skot semasa di pasukan-pasukan, alamat serta gambar keluarga skot-skot Intake 32 dan perkembangan terkini Intake 32 sehingga buku ini dicetak.

Buku ini wajib diperolehi oleh Skot Intake 32 kerana banyak kenangan dan nostalgia yang terkandung di dalamnya. Buku setebal lebih 300 mukasurat ini mempamerkan aktiviti Skot Intake 32 daripada melapor diri di Pre-OCTU sehingga kini.

Diharap semua Skot Intake 32 dapat memaklumkan kepada mereka yang tidak dapat dihubungi agar persahabatan yang terputus dapat disambungkan dan persahabatan yang terjalin dapat dikekalkan.

Sekian, terima kasih. Wasalam.




1 comment:

Anonymous said...

keep up the good work! we cannot see each other often, but here we can interact everyday if you wish! anyway, please change my hp no to 019-3452761.
viva intake 32!
from maj (r) shaharudin bin yaakop (3000312)